JULAI 2023

Premier Hadiri Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan


Yang Amat Berhormat,  Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman  Zohari Tun Abang Haji Openg, berada di Ibu Negara Kuala Lumpur untuk menghadiri Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia, semalam.

Majlis di Pengerusikan oleh Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato Seri Anwar bin Ibrahim, di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC).

Mesyuarat yang berlangsung hampir tiga jam, dihadiri oleh Yang Amat Berhormat,  Timbalan Perdana Menteri I, Dato Seri  Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri II, Dato Seri Fadilah Yusof serta Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Nor, selaku Presiden, Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN).

Turut hadir Menteri-menteri Persekutuan dan Presiden - Presiden dari Parti - parti yang berkenaan dalam gagasan Kerajaan Perpaduan.

Sumber dari : Sarawakku